Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

Bertunang Senyap-Senyap? Mana Ada, Tak Baik Fitnah! – Sherry Ibrahim

Tidak mahu merahsiakan perkara yang baik.

0
comments
Bertunang Senyap-Senyap? Mana Ada, Tak Baik Fitnah! – Sherry Ibrahim
Pelakon Sherry Ibrahim akui terkejut apabila mendapat tahu tentang khabar angin dirinya telah bertunang dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 35, berkata dakwaan tersebut tidak benar dan hanya fitnah semata-mata.
Sherry kurang dedah kisah peribadi.
“Mana ada, tak baik fitnah! Setiap apa berlaku pada diri saya lebih-lebih lagi yang melibatkan hal peribadi saya akan keep it personal.

“Bagi yang kenal diri saya, mereka akan tahu saya kurang berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum.
Sherry bersama Siti Nordiana dan Haqiem Rusli ketika siri jelajah Gegar Pagi di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
“Tetapi sekiranya ada perkara baik yang terjadi, saya janji akan kongsikan kepada semua peminat dan juga media. 

“Kalau betullah saya bertunang, saya akan beritahu. Tidak ada gunanya berahsia, saya tidak akan sorok perkara baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Sherry tidak mahu sorok berita gembira.

Sherry ditemui ketika siri jelajah GEGAR Pagi bertempat di WIDAD University College, Kuantan, Pahang pada Ahad.

Berbicara mengenai isi hatinya, Sherry kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.
Hati Sherry sudah dimiliki.
Bagaimanapun kata Sherry, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai hal tersebut memandangkan hubungannya masih lagi dalam fasa perkenalan.

“Benar saya sedang mengenali seseorang, saya tak akan tipu atau sorok mengenai perkara itu. Tetapi memandangkan kami dalam fasa berkawan rasanya lebih manis sekiranya tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut.
Sherry mahu beri focus pada perniagaan.
“Jodoh itu rahsia tuhan tetapi andai kata kami berjodoh, InshaAllah saya akan kongsi. Buat masa ini saya mahu tumpukan perhatian terhadap kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry baru sahaja melancarkan jenama tudung sendiri iaitu Sherry Scarves.
 
 
 
Comments